Tuesday, June 5, 2012

Pemakanan Pintar(SMART EATING) - Sharing is caring




Radikal bebas dalam badan dpt dikurangkn oleh antioksida strawberi.Radikal bebas ialah
unpair electrone yg sering merosakkan sel,dpt menyebabkn penuaan sblm masa dan dpt mnyebabkan penyakit degeneratif seperti arthritis,kencing manis,pelemakan hati dan juga barah.


~365 Tips Sihat Gaya Rasulullah~
DR.MOHAMMAD ALI TOHA

Monday, June 4, 2012

Pemakanan Pintar(SMART EATING) - Sharing is caring




Sharing is caring.....mengapa umat Islam digalakkan berpuasa sunat dan berbekam??
Sebenarnya makanan yang kita makan bukan hanya mengandungi nutrien yand kita perlukan malahan mengandugi juga kuman dan toksik yang tidak kita ketahui.justeru itu berlindunglah kepada Allah dan membaca Basmalah.Berpuasa dan berbekam juga merupakan cara membuang toksik yang masuk kedalam badan kita...insya'Allah ^_^

~365 Tips Sihat Gaya Rasulullah~
DR.MOHAMMAD ALI TOHA

Thursday, May 31, 2012

kenangan 5science 2010......


mase prgolakan hormon,sume x mecherk g mase nie...hahaha
ble laa nk reunion lg...lame x jmpe sek2 nie....huhuhu

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.



12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima


Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauts
ar.

SEKILAS SEJARAH HIDUPKU

Dilahirkan pada 12.03.1993,di Hospital Besar Kuala Terengganu yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.



Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu


Menetap di Kampung Chabang Tiga iaitu berada diantara Kampug Bukit Besar,Durian Burung dengan Kampung losong yang terkenal dengan tradisi keropok lekornya.



Kampung Chabang Tiga








Ini merupakan sekolah rendahku,Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga (SKPCT).....banyak kenangan zaman kanak-kanak kat sana..........



















manakala ini pula gambar sekolah menengah saya dulu,Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang.Ini merupakan sekolah menengah saya dari tahun 2006 hingga 2010............bagi saya ni merupakan sekolah yang paling best!! walaupun student dia hanya orang lelaki sahaja....mesti ada yang cakap;ummm!!! tak best lelaki sahaja...boring!!! tapi saya suka sebab boleh jaga pandangan mata,taklah buat maksiat mata,bila nak hafal sesuatu mudah sahaja.......lagi-lagi kalau kene dende taklah malu sangat....hehehehe













video kenangan 5science SMASZAL 2010...
click link nie nk tgok video nyer...
~#########~





Gambar ketika di tingkatan 3...


Gambar semasa dalam kelas 5 Science1 dulu....



raya bersama-sama kawan di sekolah pada tahun 2009...





Reunion pada tahun 2011,hari-hari terakhir sebelum semua merantau menymbung pengajian masing-masing.......



video kenangan lakonan Hari Guru tahun 2010,tekan saje link bawah nie....huhuhu
####

http://www.youtube.com/watch?v=eo4M3Yp5i1c

SELAMAT HARI GURU.....






أيّها الناس، أين المفر؟ البحر من ورائكم، والعدوّ أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر...

Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran.


Ini muqaddimah hadapan muka depan buku yang telah ku baca....sesungguhnya memang besar peranan kata-kata ini dalam perjuangan para syuhada semasa zaman perjuangan para pejuang islam dan panglima Tariq Bin Ziyad.Kata-kata ini benar-benar menaikkan semangat buat para syuhada islam ketika itu yang ditentang hebat oleh pengikut-pengikut kerajaan visigothic.















Biografi Tokoh Dunia (Tariq Bin Ziyad)

  • Thariq bin Ziyad bin Abdullah bin Walgho bin Walfajun bin Niber Ghasin bin Walhas bin Yathufat bin Nafzau adalah putra suku Ash-Shadaf, suku Barbar, penduduk asli daerah Al-Atlas, Afrika Utara. Ia lahir sekitar tahun 50 Hijriah. Ia ahli menunggang kuda, menggunakan senjata, dan ilmu bela diri.
  • Merupakan seorang pemuda dari kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika.
  • Merupakan seorang timbalan kepada ketua panglima Islam iaitu Musa ibn Nusair ketika tentera Islam membina benteng pertahanan di utara Afrika.
  • Kegemilangan beliau bermula selepas Musa ibn Nusair menghantar
    beliau ke semenanjung Iberia (sempadan Sepayol dan Portugal)
  • Beliau berjaya menewaskan tentera Visigoth,
  • Hasil kejayaan beliau itu,beliau dilantik oleh khalifah sebagai gabenor di daerah Hispania.
  • Beliau dipanggil untuk pulang semula ke Damsyik atas arahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik selepas beberapa tahun mentadbir wilayah tersebut.




Jasa Dan Sumbangan Beliau (Tariq Bin Ziyad)


Atas perintah Musa ibn Nusair, Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah.

Ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal laut dan membuatkan tenteranya bingung. Namun perintah ketua wajib diikuti dan kesemua kapal pengangkutan tentera Islam habis dibakar menyebabkan tenteranya buntu dengan keadaan tersebut.

Lalu untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq berucap dengan ucapannya yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu:

"Wahai tentera Islam. Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Maka pilihlah mana yang kamu kehendaki. Kamu di sini hanyalah yatim piatu dan tiada saudara-mara. Tiada yang menolong kamu di sini melainkan Allah Ta'ala"

Slogan itu merupakan pembakar semangat bagi tentera Islam

Dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Eropah, Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth pimpinan Raja Roderic dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah.

Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan di atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau negara barat memanggilnya sebagai Gibraltar.







SINOPSIS



Pada zaman pemerintahan kerajaan Umaiyah dibawah pemerintahan khalifah Walid Bin Abdul Malik.Tentera Islam berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia,Sepanyol) yang diketuai oleh Tariq Bin Ziyad.


Tariq bin Ziyad berasal daripada bangsa Barbar. Mengenai sukunya pula, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada dari suku Nafza atau suku Zanata.Tariq dimerdekakan oleh Musa bin Nusair, Gabenorr Afrika Utara dan di bawah penguasaan Musa inilah beliau memeluk agama Islam bersama orang-orang Barbar lainnya yang tunduk di bawah kekuasaan Musa setelah menakluki daerah Tanja.Dikisahkan bahawa setelah memeluk Islam, mereka (orang-orang Barbar) mengikuti ajaran agama Islam dengan baik. Oleh hal yang demikian itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar orang-orang Barbar itu tentang al-Quran dan ajaran-ajaran Islam yang lain. Sesudah itu, Musa melantik Tariq (yang merupakan perajurit Musa yang paling paling handal) menjadi penguasa daerah Tanja, di utara Maghribi dengan 19,000 orang tentera daripada bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Pada bulan Rejab tahun 97 H (Julai 711 M), Tariq bin Ziyad mendapat perintah daripada Musa bin Nusair untuk menyerang Semenanjung Andalusia. Dengan 7000 orang perajurit yang sebhaagian besar daripada bangsa Barbar, Tariq menyeberangi Selat Andalusia dengan perahu-perahu (bahtera)pemberian Julian, Gabenor Ceuta di Afrika Utara, yang bersekutu dengan kaum Muslimin untuk menentang Raja Roderick, penguasa kerajaan Visigoth di Andalusia.Setelah mendarat di pantai berbatu karang yang kemudian dinamakan Gibraltar, Tariq beserta pasukannya berhadapan dengan 25,000 orang perajurit Visigoth. Pada mulanya kedatangan pasukan Tariq ini menimbulkan kehairanan bagi Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick kerana mereka datang dari arah yang tidak diduga, iaitu dari arah laut. Walaupun jumlah anggota pasukan kaum Muslimin jauh lebih sedikit dibandingkan pasukan musuh, namun semua itu tidak menimbulkan kegentaran di kalangan para perajurit Muslimin, lebih-lebih lagi dituangkan dengan kata-kata penuh semangat daripada panglima mereka. Agar pasukannya tidak gentar menghadapi musuh, Tariq menggunakan taktik di mana sesampai sahaja angkatan perang (laut) setelah menyeberangi Selat Andalusia, beliau berkata kepada para perajuritnya bahawa perahu (bahtera) yang diberikan oleh Julian itu telah sengaja dibakar. Tariq pun berucap dengan penuh semangat: “Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan”.Taktik yang digunakan oleh Tariq itu ternyata amat berkesan. Akhirnya, pertempuran itu dimenangi oleh Tariq dan Raja Roderick sendiri tewas dalam pertempuran tersebut.Kemudian Tariq meminta tambahan pasukan kepada Musa. Lalu Musa menghantar 5,000 orang perajurit yang sebahagian besar berbangsa Barbar. Satu demi satu kota di Andalusia berjaya ditawan oleh para perajurit Tariq; kota-kota tersebut termasuklah Toledo, Elvira, Granada, Cordoba, Malaga, Arichidona.Apabila tiba musim panas pada tahun 711 M, Tariq telah berjaya menguasai separuh daripada wilayah Andalusia. Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum menempa kejayaan itu, Tariq telah mendapat firasat bahawa beliau pernah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama Khulafa al-Rasyidin berjalan di atas air hingga bertemu dengannya, lalu Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira bahawa beliau akan berjaya menakluk Andalusia. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar sentiasa mendampingi kaum Muslimin dan sering pula menepati janji.Mendengar kejayaan yang dicapai oleh Tariq, Musa bin Nusair berasa iri hati. Pada tahun 712 M, beliau menyusul Tariq bersama 18,000 perajuritnya melalui jalan lain yang ditempuh oleh Tariq. Musa berjaya menguasai Sidonia, Kormona, Merida, Sevilla. Beliau juga menewaskan kerajaan Visigith,Theodomir di Orihuela. Beliau bertemu Tariq dan pasukannya di Telodo. Mereka berjaya menakluki Zaragoza, Aragon, Leon, Aturia, dan Galicia. Dengan demikian, seluruh daratan Semenanjung Andalusia berjaya dikuasai oleh perajurit Muslim. Setelah itu, mereka kemudiannya dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah al-Walid.Setelah berjuang bermati-matian menakluki Sepanyol, bukan penghargaan yang diterima oleh Tariq melainkan pemecatan yang dilakukan oleh Musa bin Nusair. Tariq dipecat atas alasan tidak patuh arahan Musa walhal sebenarnya Musa iri hati terhadap kejayaan Tariq. Namun, kejadian ini tidak mengganggu usaha penaklukan ke atas sepanyol. Jauh sebelum penaklukan ke atas Sepanyol, antara Musa dengan Tariq sememangnya sudah terdapat bibit-bibit persaingan. Namun, Tariq tetap menghormati ketuanya. Peristiwa pemecatan Tariq diketahui oleh Khalifah al-Walid. Ketika memanggil kedua-dua, jelas Khalifah memberi lebih Tariq.Setelah Khalifah al-Walid meninggal dunia, nama Tariq bin Ziyad seakan-akan tenggelam, namun Gibraltar yang terus ‘timbul’ di dalam lipatan sejarah telah mengharumkan nama seorang panglima Islam yang hidupnya berjuang di jalan Allah dengan menegakkan syiar Islam menyeberangi sempadan benua, hingga Islam dapat diterima di Eropah.Tariq bin Ziyad kembali ke rahmatullah pada tahun 270 M.


Cinta dan Harapan

Album : Cinta dan Harapan

Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com



Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

Lagu : Manisman

Lirik : ITO Lara