Friday, January 20, 2012

MAKSUD BULAN-BULAN ISLAM:

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.sumber

Sunday, January 15, 2012

RUKHSAH TAYAMUM

Surah An nisak ;Ayat 43

MAKSUD AYAT:
Wahai orang-orang beriman,janganlah kamu hampiri solat ketika kamu dalam keadaan mabuk hingga kamu tidak sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan.Dan janganlah kamu hampiri masjid ketika kamu dalam keadaan berjunub kecuali untuk tujuan melintas hingga kamu bersuci.Sekiranya kamu sakit,bermusafir,balik dari tempat buang air atau menyentuh perempuan(bukan mahram) sedangkan kamu tidak mendapati air untuk bersuci,kamu hendaklah bertayamum dengan debu tanah yang suci.Sapulah muka dan kedua tangan kamu.Sesungguhnya Allah maha pemaaf lagi maha pengampun.


Sebab nuzul ayat:
  • Semasa dalam perjalanan balik dari peperangan Bani Mustalik
  • Rasul saw meminta beberapa orang sahabat mencari seuntas rantai Aisyah yang tercicir
  • Mereka mencarinya sehingga masuk waktu solat
  • Mereka tidak menemui air untuk berwuduk lalu solat tanpa wuduk
  • Lalu turunlah ayat tersebut.

MAKSUD TAYAMUM:
  • BAHASA:memilih sesuatu atau berkehendakkan sesuatu
  • ISTILAH SYARAK:menyapudebu tanah yang bersih ke muka dan kedua belah tapak tangan sebagai ganti kepada wuduk keseluruhannya atau kepada basuhan mana-mana anggota wuduk atau mandi wajib
MAKSUD WUDUK:
  • Membersihkan diri daripada hadas kecil menggunakan air
MAKSUD MANDI WAJIB:
  • Menyucikan diri daripada hadas besar denagan meratakan air ke seluruh badan.


HUKUM BERTAYAMUM DAN TAHUN DISYARIATKAN:
  • Tayamum wajib sebagai penganti kepada wuduk dan mandi wajib,ketika tiada air untuk berwuduk atau mandi wajib
  • Disyariatkan pada tahun ke-6 hijrah sebagai rukhsah.

RUKUN TAYAMUM:
  1. berniat
  2. memindahkan debu tanah keanggota badan tayamum
  3. menyapu muka
  4. menyapu kedua tangan
  5. tertib
SUNAT TAYAMUM:
  1. membaca Bismillahirahmanirahim
  2. menipiskan debu tanah sebelum menyapu ke muka
  3. melebihkan sedikit sapuan dari had anggota
  4. tidak mengangkat tangan dari anggota tayamum sebelum selesai sapuan
  5. menjarangkan jari semasa menepuk debu tanah
  6. muwamalat/berturut-turut.

HIKMAH TAYAMUM:
  • memberi kemudahan kepada umat Isalam menunaikan Ibadat
  • menghindarkan umat Islam meninggalkan solat
  • memastikan badan sentiasa bersih dari hadas
  • Islam adah agama mudah dan sesuai pada semua masa dan keadaan

MENGAPA DEBU TANAH DIPILIH SEBAGAI GANTI ALAT TAYAMUM:
  • tanah asalah unsur yang boleh dianggap mustahil akan habis.Ia bersifat kekal
  • boleh menimbulkan rasa rendah diri kepada orang yang bertayamum terutama ketika menyapu debu tanah ke muka.

Friday, January 13, 2012

KISAH TELADAN

Ikuti teladan betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
Umar : Adakah kamu mengenal orang ini
Sahabat : Ya.
Umar :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
Sahabat : Tidak.
Umar :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat :Tidak.
Umar :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
Sahabat :Tidak.
Umar :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
Sahabat :Ya.
Umar :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

INDAHNYA ISLAM

Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.
Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan).